Total Pageviews

Wednesday, July 18, 2018

PERSIAPAN SPTC DALAM CABARAN 5TH SABAH STATEWIDE REMAJA & OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018

SMART POWER TC sedang giat mempersiapkan atlet-atletnya untuk menghadapi kejohanan yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Ogos 2018. Pihak kelab hanya akan menghantar pasukan kecil dalam kejohanan itu nanti, iaitu terdiri daripada lapan atlet dan tiga pegawai pasukan.  Para atlet dan pegawai telah pun dimaklumkan tentang pemilihan, tugas dan acara masing-masing.  Bagaimanapun, ketua jurulatih kelab belum mengumumkannya secara rasmi.

Pada kejohanan kali ini, SPTC mempertaruhkan enam penyertaan dalam acara poomsae dan hanya dua untuk acara kyorugi. 

Esok, pihak kelab akan membuat penggambaran (video) untuk menilai dan memberikan peluang kepada para atlet, khususnya peserta acara poomsae untuk melihat sendiri, seterusnya membuat refleksi tahap persediaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

REKREASI MINDA OLEH SMART POWER TC

Oleh sebab pasukan ini (Smart Power TC: SMK Sikuati II, Kudat) hanya fokus pada acara poomsae dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Saba...