MONDAY, 8 DECEMBER 2014
KEJOHANAN TAEKWONDO NSC - MILO ANTARA KELAB-KELAB MALAYSIA, 2014
Kejohanan telah berlangsung dengan lancar sebagaimana yang telah dijadualkan. Menurut pihak penganjur, kejohanan ini telah disertai oleh 38 buah kelab dengan 680 jaguh taekwondo dari seluruh pelosok Malaysia.
Gambar semasa persediaan perasmian
SPTC hanya menghantar lapan peserta dan tiga pegawai dalam kejohanan tersebut sebagaimana yang disiarkan sebelum ini. Semua peserta daripada SPTC masih kekurangan pengalaman bertanding di peringkat tinggi seperti kejohanan ini kecuali adik Siti Adahah yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun, atas kesungguhan, latihan intensif dan sedikit pengalaman sedia ada, SPTC tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya mengutip empat pingat, iaitu masing-masing dua pingat perak dan gangsa.
Mereka yang memenangani pingat adalah seperti berikut:
1. Simson Peres Soo Sui Gum - Perak
2. Alcyvinnica Demkin - Perak
3. Nur Azijrah Tibun - Gangsa
4. Siti Adahah Abdul Rahim - Gangsa
Berita dan gambar-gambar semasa kejohanan akan dikemas kini.
TUESDAY, 25 NOVEMBER 2014
SPTC 25.11.2014 - MENJELANG KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB-KELAB MALAYSIA
Para peserta yang bakal mewakili SPTC dalam Kejohanan Taekwondo antara Kelab-kelab Malaysia giat menjalani latihan. Persiapan pasukan telah pun menghampiri kemuncaknya dengan kejohanan hanya dua hari lagi sebelum cabaran bermula dengan rasminya.
SPTC hanya akan mengambil bahagian dalam empat kategori umur sahaja, iaitu kategori lelaki 9-11 tahun, perempuan 12-14 tahun, perempuan 15-17 tahun dan perempuan terbuka.
Bagi kategori lelaki 9-11 tahun, SPTC membariskan mantan pemenang pingat emas Kejohanan Taekwondo Remaja Peringkat Negeri Sabah 2013 iaitu adik Simson Peres, adik Filbert Jonal dan adik Cavrin Caen Saimon. Filbert dan Cavrin Caen ialah pemenang pingat gangsa dalam dua kejohanan berasingan peringkat negeri Sabah 2014.
Dalam kategori 12-14 tahun, SPTC hanya menghantar peserta perempuan sahaja, iaitu adik Alcyvinnica Demkin, mantan pemenang pingat emas Kejohanan Taekwondo Remaja Peringkat Negeri Sabah 2013, adik Georgiana Chiew, serta adik Nurul Atiqah Afwan yang baharu kembali ke pangkuan SPTC setelah dua tahun bersama kelab lain.
SPTC menyenaraikan adik Nur Azijrah Tibun, mantan pemenang pingat perak dalam Kejohanan Taekwondo Remaja Peringkat Negeri Sabah 2013 dalam kategori perempuan 15-17 tahun. Selain itu, kelab ini juga menyenaraikan mantan peserta Sabah Games 2013 yang telah beberapa kali menyumbangkan pingat kepada kelab dalam pelbagai kejohanan peringkat Sabah.
Hampir semua peserta daripada SPTC masih kekurangan pengalaman terutama bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, semua peserta telah mengikuti latihan yang sistematik merangkumi semua keperluan sebagai atlet termasuklah kemahiran, teknik dan strategi-strategi tertentu. Menurut Ketua Jurulatih SPTC Master Nalmon Goyi, setakat ini para peserta sangat bersemangat dan bertekad untuk menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam kejohanan tersebut.
THURSDAY, 20 NOVEMBER 2014
KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB-KELAB MALAYSIA KALI KE-4
27-30 NOVEMBER 2014, KOMPLEKS SUKAN LIKAS, K. KINABALU, SABAH
PASUKAN SPTC
Ketua Kontinjen:
Nalmon Goyi
Pengurus Pasukan:
Mohd. Razi bin Yusof
Ketua Jurulatih:
Nalmon Goyi
Jurulatih:
Edwin Estander George
Mohd Razi bin Yusof
Caperon:
Malini Masiong
Viziana Japris
Peserta :
Cavrin Caen Saimon (B11)
Filbert Jonal (B11)
Simson Peres (B11)
Alcyvinnica Demkin (B14)
Georgiana Chiew Sung Ling (B14)
Nurul Afiqah Afwan binti Mohd Raimie (B14)
Nur Azijrah binti Tibun (B17)
Siti Adahah binti Abdul Rahim (A16 / Terbuka)
Sumber: Pihak pengurusan SPTC, 20.11.2014
WEDNESDAY, 19 NOVEMBER 2014
KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB MALAYSIA KALI KE-4 (2014)
Siapa wakil SPTC dalam Kejohanan Taekwondo antara Kelab Malaysia kali ke-4 (2014)? Makluman awal daripada kelab, peserta yang mewakili SPTC pernah memenangi pelbagai pingat dalam pelbagai kejohanan peringkat negeri Sabah. Antara yang pernah memenangi ialah seperti pada gambar di bawah:
atlet SPTC dari kiri: Diasmaria (Perak), Simson Peres (Emas), Alcy (Emas) dan Nur Azijrah (Perak) dalam salah satu kejohanan peringkat negeri Sabah.
Pengurusan SPTC dijangka mengumumkan senarai penuh pasukan pada petang Khamis (20.11.2014)
TUESDAY, 18 NOVEMBER 2014
KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB MALAYSIA KALI KE-4 (2014)
Maklumat terkini daripada SPTC (18.11.2014):
Pihak kelab memutuskan untuk menghantar sembilan peserta dan empat pegawai (pengurusan pasukan dan jurulatih) dalam kejohanan tersebut. Kesemua pegawai pasukan dan peserta telah pun dimuktamadkan dalam mesyuarat yang berlangsung petang Isnin. Tiada perubahan yang ketara dalam barisan pengurusan pasukan berbanding kejohanan-kejohanan sebelum ini.
Para peserta pula terdiri daripada kombinasi muka baru dan lama. Mereka kini giat menjalani latihan fasa akhir sebagai persediaan ke kejohanan tersebut. Ketua jurulatih SPTC, Master Nalmon Goyi antara lain menyebut, tumpuan mereka kini lebih kepada aspek punctual dan speed. Menurut beliau lagi, senarai penuh pasukan akan diumumkan selewat-lewatnya Khamis ini.
KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB MALAYSIA 2014
SPTC akan menyertai kejohanan tersebut yang akan dilangsungkan pada 27-30 November 2014 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Kini, cuma kurang dua minggu lagi kejohanan tersebut membuka tirainya.
SPTC telah mengadakan siri latihan khas sebagai persediaan menghadapi kejohanan tersebut. Fasa akhir persediaan kelab sedang berlangsung. Walaupun kelab hanya memperuntukkan masa dua minggu untuk fasa akhir ini, pihak kelab percaya semua peserta yang telah terpilih mampu memberikan saingan sengit kepada peserta-peserta daripada kelab atau negeri lain.
Sebenarnya semua peserta daripada kelab ini bukanlah asing dalam sukan ini walaupun masih muda kerana mereka pernah memenangi pelbagai pingat di peringkat negeri. Bezanya, kejohanan kali ini lebih mencabar kerana disertai oleh jaguh-jaguh taekwondo di seluruh pelosok negara.
Senarai nama peserta daripada SPTC akan diumumkan secara rasmi oleh pihak kelab dalam masa terdekat ini. Buat masa ini, pihak kelab masih menunggu pengesahan dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa bakal peserta.
Sumber: Arkib SPTC http://sptconline.blogspot.com/2014/
Sumber: Arkib SPTC http://sptconline.blogspot.com/2014/




No comments:
Post a Comment