Total Pageviews

Sunday, September 23, 2018

REKREASI MINDA OLEH SMART POWER TC

Oleh sebab pasukan ini (Smart Power TC: SMK Sikuati II, Kudat) hanya fokus pada acara poomsae dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Sabah, 9 hingga 12 Ogos 2018, maka pasukan mempunyai kelapangan untuk melawat sekitar tempat kejohanan sebagaimana perancangan awal pasukan.  Antara tempat menarik yang dilawati adalah seperti gambar-gambar berikut:






SMART POWER TC MEMBAWA BALIK SATU EMAS DAN TIGA PERAK

Pasukan Smart Power TC (SMK Sikuati II, Kudat) berjaya membawa balik satu pingat emas dan tiga perak dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Sabah yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Ranau, Ranau pada 9 hingga 12 Ogos 2018.  Semua pingat diperoleh melalui acara poomsae.  Pada kejohanan kali ini, pasukan menumpukan acara poomsae dan ini merupakan penyertaan pertama pasukan yang memberikan fokus kepada acara poomsae.  Hanya seorang atlet acara kyorugi yang dihantar oleh pasukan dalam kejohanan ini.  Bagaimanapun, atlet tersebut tidak berjaya mempamerkan prestasi terbaiknya serta kandas di peringkat suku akhir.




Saturday, September 22, 2018

CK CI: PASUKAN SMART POWER TC SANTAI DI KLIA SEBELUM KEMBALI KE SABAH

Pasukan Smart Power sempat mengambil gambar santai sebelum berlepas kembali ke Sabah, 26 Ogos 2018.





REKREASI: SMART POWER TC DI I-CITY, SHAH ALAM

Sempena penyertaan kelab ini dalam CK Classic International, pengurusan kelab berbesar hati membawa atlet melawat beberapa tempat menarik sekitar bandar raya. Antaranya, I-City dan Aeon Mall.








PENYERTAAN PERTAMA SMART POWER TC DALAM CK CLASSIC INTERNATIONAL

Buat julung kalinya Smart Power TC menyertai kejohanan CK Classic International yang dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 24 hingga 26 Ogos 2018.  Penyertaan kelab ini disertai oleh empat atlet dan dua pegawai pasukan.  




Penyertaan kali pertama kelab ini hanyalah dalam kategori poomsae.  Target utama kelab adalah untuk mendedahkan atlet dengan tahap kejohanan yang tinggi, yakni memberikan pengalaman kepada mereka.  Di samping itu, setiap atlet diwajibkan memperbaiki skor pencapaian berbanding kejohanan peringkat negeri (Sabah) yang disertai baru-baru ini.








Atlet Smart Power TC bersama salah seorang atlet luar (Australia)

Semua atlet Smart Power TC yang menyertai kejohanan ini berjaya memperbaharui skor terbaik masing-masing.


Saturday, August 4, 2018

3RD SIKUATI POOMSAE TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018

SMART POWER TC akan menganjurkan kejohanan taekwondo poomsae 
pada 15 Ogos 2018 bertempat di Dewan Utama SMK Sikuati II.  
Semua penggiat sukan taekwondo di Daerah Kudat 
dialu-alukan menyertai kejohanan ini. 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak penganjur:
Nalmon Goyi
Mohd. Razi Yusof 
Malini Masiong

Sunday, July 29, 2018

SMART POWER TC JOHAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN UB SMEKS2 2018

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SMK SIKUATI II telah berlangsung pada 26 hingga 28 Julai 2018 di Padang Utama SMK Sikuati II.  Perkhemahan yang bertemakan 'Kita Cemerlang' telah disertai oleh kesemua pasukan pakaian seragam sekolah (unit beruniform).  

 Daftar Masuk dan Taklimat Program oleh Kem Komandan, Tn. Jonrim



 Sesi Ice Breaking oleh Ketua Fasilitator, Tn. Mohd Zaki

Perkhemahan kali ini mensasarkan 210 peserta, yakni 35 orang bagi setiap unit.  
Bagaimanapun, ada juga anggota yang telah menarik diri pada saat-saat akhir 
atas sebab yang tidak dapat dielakkan.  Perkhemahan ini telah dijayakan  
bersama-sama oleh keseluruhan staf sekolah, khususnya semua guru.  
Sebanyak 28 guru dan 12 sukarelawan dalam kalangan pelajar berada 
di lapangan sepanjang tempoh perkhemahan.



 Gambar Atas: Stesen akhir Cabaran 'Kompas' Pandu Arah dan Gajet

Atas: Antara aksi pasukan dalam Malam Apresiasi Seni


Pasukan Taekwondo dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Perkhemahan 
Unit Beruniform SMK Sikuati II Tahun 2018.  Pasukan telah menerima hamper
bernilai RM100 serta sijil pencapaian sebagai johan bagi setiap anggota yang terlibat.

Gambar atas: Anggota taekwondo bersama pengurusan pasukan, Pn. Agnes, Cik Malini 
dan Cik Siti Saredah.  Turut bergambar, penulis (Ketua Jurulatih Smart Power TC)


Atas: Gambar Santai selepas majlis perasmian penutupan program yang 
disempurnakan oleh Pengetua SMK Sikuati II, Tn. Andau Sanan


Gambar atas: Salah seorang yang terpilih sebagai peserta cemerlang kem 
sedang menerima sijil daripada pengetua.  PK Kokurikulum 
selaku pengarah program turut bersama
.

Wednesday, July 18, 2018

PERSIAPAN SPTC DALAM CABARAN 5TH SABAH STATEWIDE REMAJA & OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2018

SMART POWER TC sedang giat mempersiapkan atlet-atletnya untuk menghadapi kejohanan yang akan berlangsung pada 9 hingga 12 Ogos 2018. Pihak kelab hanya akan menghantar pasukan kecil dalam kejohanan itu nanti, iaitu terdiri daripada lapan atlet dan tiga pegawai pasukan.  Para atlet dan pegawai telah pun dimaklumkan tentang pemilihan, tugas dan acara masing-masing.  Bagaimanapun, ketua jurulatih kelab belum mengumumkannya secara rasmi.

Pada kejohanan kali ini, SPTC mempertaruhkan enam penyertaan dalam acara poomsae dan hanya dua untuk acara kyorugi. 

Esok, pihak kelab akan membuat penggambaran (video) untuk menilai dan memberikan peluang kepada para atlet, khususnya peserta acara poomsae untuk melihat sendiri, seterusnya membuat refleksi tahap persediaan masing-masing.

Tuesday, July 3, 2018

SPTC dalam 1st MBV - Polytechnic Taekwondo Championship 2018

SPTC membawa balik enam pingat, 
iaitu masing-masing tiga pingat perak dan gangsa dalam kejohanan tersebut.


Gambar-gambar pasukan SPTC:






Atlet: Nur Azijrah (Pingat Perak)

Sekitar Tempat Kejohanan


90 ANGGOTA BARU DAN LAMA MENGAMBIL BAHAGIAN

UJIAN KENAIKAN GRED ANGGOTA SPTC BIL. 1/2018

Seramai 90 anggota SPTC mengambil bahagian dalam ujian yang diadakan pada 25 April 2018 bertempat di Dewan Utama SMK Sikuati II.   Ujian yang bermula pada 09.00 pagi itu telah disempurnakan oleh GM Barry Voon sebagai Examiner.

                                               Gambar bawah:  Antara yang mengambil bahagian

Turut serta bergambar ialah GM Barry, En. Nalmon (Ketua Jurulatih SPTC) 
dan En. Mohd Razi (Jurulatih)


Sesi Refleksi bersama GM Barry

Ketua jurulatih, En. Nalmon Goyi memaklumkan bahawa dalam ujian tersebut, masing-masing dua peserta berjaya mencapai tahap 1st Poom dan 1st Dan, serta seorang lagi 2nd Dan Black Belt. 



SUATU KETIKA

FOTO 2016


SUATU KETIKA 1


SUATU KETIKA 2
SEMINAR PENGADIL POOMSAE

REKREASI MINDA OLEH SMART POWER TC

Oleh sebab pasukan ini (Smart Power TC: SMK Sikuati II, Kudat) hanya fokus pada acara poomsae dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Saba...